SHAH ALAM: Seorang penyamun berputih mata apabila gagal menyamun
sebuah mesin deposit tunai (CDM) di sebuah pasar raya terkemuka di Kota
Kemuning, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 2 pagi selepas suspek masuk ke
premis berkenaan namun tidak berjaya melarikan wang tunai kerana gagal
membuka CDM itu sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Daerah
Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya menerima
maklumat mengenai kejadian jam 7.50 pagi daripada seorang pengawal
keselamatan yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pintu mesin berkenaan mempunyai kesan umpilan.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong besi
untuk membuka pintu mesin tetapi gagal membuka tempat simpanan wang.
“Suspek kemudian membatalkan niat untuk menyamun dan meninggalkan
mesin begitu saja selain bimbang perbuatannya diketahui pengawal
keselamatan bertugas,” katanya.
Zahedi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
“Kita akan meneliti keadaan sebelum dan selepas kejadian menerusi CCTV bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini.
“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kejadian terbabit daripada segala aspek,” katanya.
Menurut Zahedi, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri di dalam bangunan.
Sementara itu, seorang pekerja premis berhampiran yang enggan dikenali
berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pihak bank, jam 9
pagi.
Katanya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu,
seorang pekerja wanita datang untuk membuka kedai jam 9 pagi sebelum
ternampak pintu mesin deposit tunai terbuka dengan kesan umpil.
sumber dari : hrian metro
No comments:
Post a Comment